OBJEKTIF DAN MATLAMAT BKGK SMKIP1

SMK Indahpura 1 mula beroperasi pada tahun 2004. Sekolah ini dibangunkn oleh pemaju Genting Indahpura. Dengan wujudnya sekolah ini maka sudah pastila wujud guru-guru dan kakitangan yang menjadi tonggak dalam menggerakkan urusan sekolah. Justeru, Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan (BKGK) SMK Indahpura 1 adalah organisasi dalam sekolah yang mana ahli-ahlinya pada sesi Januari 2011 terdiri daripada 90 orang guru (30 guru lelaki dan 60 guru perempuan) serta 12 orang kakitangan sokongan ( 3 lelaki dan 9 perempuan).

SEBAHAGIAN GURU PAGI 2010

SEBAHAGIAN GURU PETANG SMK INDAHPURA 1 2010

MATLAMAT

Perpaduan dan kesepakatan yang mantap di kalangan ahli-ahli Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan SMK Indahpura 1 disamping kualiti kerja yang mapan.

Dalam usaha mencapai matlamat, beberapa objektif  telah digariskan;

OBJEKTIF

  1. Mengeratkan perhubungan di kalangan guru dengan guru, guru dengan kakitangan dan sesama kakitangan melalui perlaksanaan aktiviti bersama tanpa wujud diskriminasi.
  2. Menyalur serta menyampaikan maklumat berkaitan pendidikan dan keguruan dengan cepat kepada semua ahli untuk tindakan melaui penggunaan blog khususnya.
  3. Meningkatkan motivasi dan kesungguhan diri bagi setiap ahli dalam melaksanakan tugas melalui program-program yang dijalankan oleh BKGK tanpa mengganggu tugas rasmi.