PENGESAHAN MOHON TUKAR SESI JUN 2012

Kepada guru-guru yang ingin mohon tukar untuk sesi pertukaran Jun 2012, sila sahkan yang anda akan memohon dengan mengisi ‘Borang Pengesahan Permohonan’ sebelum 22 Mac 2012. Pengesahan ini ada bertujuan untuk pengemaskinian data anda di dalam sistem e-operasi untuk mengelak sebarang masalah semasa proses permohonan online nanti yang akan dibuka pada 1 April 2012.
//
Isi Borang Pengesahan Permohonan

Sekiranya anda tidak mengesahkan akan membuat permohonan sebelum 22 Mac 2012, sebarang kesulitan semasa permohonan nanti tidak akan dilayan.

Sekiranya anda ingin menyemak dan mengemaskini data sendiri sila rujuk makluman di bawah. tq

Sistem e-Operasi merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh KPM yang mengandungi data/ maklumat guru yang dihubungkan dengan beberapa fungsi aplikasi lain seperti e-gtukar.

Kepada guru-guru yang ingin memohon tukar dalam daerah, dalam negeri atau antara negeri boleh mula memohon secara online melalui e-gtukar bermula 01 April 2012. Sebelum tarikh tersebut, guru-guru diminta menyemak maklumat diri masing-masing pada e-operasi melalui link di bawah dengan membuat pendaftaran baru terlebih dahulu sebelum 22 Mac 2012. Berikut adalah cara mendaftar dan menyemak maklumat di e-operasi :

  1. Buka aplikasi e-operasi http://apps.moe.gov.my/eoperasi
  2. Klik pada daftar masuk dalam ruang profil login
  3. Daftarkan diri dengan mengisi maklumat yang diperlukan dengan tepat seperti dalam KP
  4. Klik simpan dan sistem akan mendaftarkan anda sebagai pengguna untuk menyemak maklumat diri.
  5. Sebarang masalah boleh rujuk kepada GPK1 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s